Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mempunyai sebab yang kukuh untuk tetap bekerjasama dengan beberapa jenama produk yang didakwa sedang diboikot pengguna ketika ini susulan isu peperangan di Palestin.
Artikel Berkaitan: Komen ‘Stay Safe’ Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Nafi Sokong Israel – ‘Saya Lebih Kepada Rasa Simpati Terhadap Wanita & Golongan Ibu’
Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Padam Foto Dengan Selebriti Pro-Israel, Mohon Maaf Lewat Kongsi Fasal Palestin
Sudah buat kajian
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama sebenar Ahmad Fadzli Yaakob menjelaskan bahawa dia telah melakukan penyelidikan dengan terperinci bagi setiap jenama sebelum menjalinkan kolaborasi.
Ramai orang tak tahu pengalaman saya dan tugas saya sebagai juru audit iaitu ia memerlukan saya untuk menyemak kesemua jenama sebelum kami bekerjasama.
Apabila saya menjadi duta untuk jenama-jenama yang sensitif, orang akan mempersoalkan.
Apa yang saya buat semasa saya menjadi duta sudah tentu saya kaji kebolehan mereka untuk mentadbir keadaan politik semasa, adakah ramai pekerja tempatan yang bekerja dan adakah mereka menyokong sebulat suara atau mereka sekadar menyatakan sokongan dalam konteks netizen.
Fakta itu saya sudah kaji sendiri sebelum menjadi duta bagi produk-produk ini.
Menurut Fazley, dia tidak memikirkan tentang periuk nasi sendiri malah lebih mengutamakan ekonomi masyarakat setempat di negara ini.
Jadi apabila saya menjadi duta bagi produk antarabangsa dan lokal, yang penting adalah untuk memastikan kelangsungan bisnes tempatan.
Maksudnya kalau syarikat itu milik orang tempatan 100% dan pekerja mereka rata-rata rakyat Malaysia, saya tidak ada masalah.
Sementara itu, pelantun lagu Coklat Kek ini berkata dia tidak akan menamatkan kontrak sesuka hati selagi tiada bukti kukuh tentang pembabitan jenama-jenama berkenaan dengan Israel.
Pada saya proses mengundur diri adalah mengikut kontrak. Kalau saya diikat dengan kontrak dan selagi tidak ada fakta ataupun bukti serta kenyataan daripada pihak syarikat yang menyatakan sokongan kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya, saya rasa saya tak ada masalah untuk bekerjasama.
Fazley berkata demikian di majlis Sembang Santai bersama media di restoran miliknya iaitu Suka Sucre di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kecaman netizen
Dalam pada itu, pelakon filem Janji Diana ini bersyukur kerana pengikut-pengikut di media sosial tidak pernah sama sekali bertindak mengecamnya dan Fazley menyifatkan mereka sebagai individu yang bijak menilai.
Setakat ini Alhamdulillah saya tidak terkesan. Saya menanti juga kalau ada hentaman-hentaman dalam Instagram tapi Alhamdulillah saya rasa mereka yang menjadi pengikut saya tahu dan mereka pun telah buat kajian terperinci untuk menilai sama ada untuk menghentam, menyokong, memboikot ataupun tidak.