berita

[VIDEO] Fazley Yaakob Tepis Dakwaan Rumah Tangga Mawar Rashid & Raf Sedang Bergolak – ‘Abang Ada Di Belakang, Walau Apa Pun Berlaku’

October 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fazley mawar

Susulan tindakan pelakon dan usahawan, Mawar Rashid yang menanggalkan tudung baru-baru ini timbul pula spekulasi yang mendakwa rumah tangga selebriti itu bersama suaminya, Raf Yaakob sedang bergolak.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Patut Dicontohi, Ini Antara Saya Dengan Allah’ – Mawar Rashid Bersuara Isu Buka Tudung

Hubungan baik-baik sahaja

fazley mawar

Ketika ditemui OhBulan!, cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob menjelaskan bahawa rumah tangga adik kandungnya dalam keadaan baik-baik sahaja sekaligus menepis dakwaan berkenaan.

Saya tahu tak ada pergolakkan rumah tangga. Cuma saya tahu apabila Mawar buka tudung itu adalah pilihan peribadinya.

Keluarga sentiasa menanti dan melihat. Saya tanya Raf bagaimana dan dia jawab semuanya baik-baik sahaja. Saya tahu dan saya juga yakin semuanya dalam keadaan baik.

Sebenarnya tak ada apa pun, Raf juga akan bercerita apa sahaja kepada saya.

Fazley berkata demikian di majlis Sembang Santai bersama media di restorannya iaitu Suka Sucre di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada Isnin.

Semasa disoal tentang kontroversi Mawar membuka tudung, Fazley berkata dia yakin bahawa Mawar dan Raf sudah cukup dewasa semasa mengambil keputusan tersebut.

Raf dan Mawar dah besar panjang dan saya telah menyatakan bahawa ‘abang long sentiasa menunggu jika kalian perlukan nasihat.’

Pelantun lagu Asmara Ini juga mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dalam isu yang sedang melanda adik iparnya itu namun tetap mendoakan yang terbaik untuknya.

Semenjak isu Mawar, saya tidak berjumpa dengannya dan saya memberikan dia ruang tapi sebagai abang long sudah tentu saya ada hubunginya. ‘Abang di belakang Mawar walau apa pun berlaku.’

Saya pegang satu prinsip, kalau dalam sebuah keluarga itu sedang bergolak saya kurang senang untuk bercerita secara umum, tunggu dan lihat..dan berdoa dari jauh.

Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik gambar di Instagram yang memperlihatkan dirinya yang tidak lagi mengenakan tudung telah mengejutkan ramai pihak dan mengundang kecaman.

SKIP THIS AD ×