Penyanyi dan pelakon terkenal Nur Fazura baru-baru ini dituntut untuk membayar RM156,000 kepada pemilik syarikat Maydan Trading. Tuntutan tersebut disebabkan kegagalan Fazura dalam mengikut kontrak perjanjian dalam menjadi duta produk mereka, Q Tab.
Duta produk bernilai RM212,000
Menurut laporan Harian Metro, berdasarkan kenyataan tuntutan pemilik syarikat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengikut perjanjian, Fazura akan menerima bayaran sebanyak RM212,000 sebagai balasan menjadi duta produk berkenaan yang akan dibayar dalam tempoh enam bulan.
Dalam tempoh tersebut, Fazura perlu mempromosikan produk berkenaan di laman Instagram miliknya sebanyak 12 kali posting.
Saya membuat bayaran awal RM100,000. Selepas itu Maydan membuat sidang akhbar pada penghujung Ogos 2017 untuk mempromosi rangkaian produk kami termasuk Q Tab. Ketika itu saya juga ada membuat pembayaran RM56,000 bagi sesi fotografi dan video.
Jualan produk merundum
Walau bagaimanapun, jualan produk syarikat berkenaan telah menurun pada awal Oktober 2017 disebabkan Fazura melancarkan produk kecantikannya sendiri Tru-Dolly.
Melalui Mardina saya difahamkan jualan produk kami bagus, bagaimanapun jualan jatuh pada penghujung September 2017. Saya dimaklumkan Fazura ada melancarkan produk kecantikannya sendiri Tru-Dolly pada awal Oktober 2017.
Hanya 3 kali saja promosi produk
Penyanyi yang popular dengan lagu Sayangi Diriku itu juga dikatakan tidak lagi mempromosikan produk syarikat berkenaan di laman Instagramnya seperti yang tertulis dalam kontrak perjanjian.
Saya sudah membayar 75 peratus nilai tugas duta ini bagaimanapun apa yang dibuat oleh Fazura sejak Oktober 2017, tidak sepadan dengan apa yang sudah dijanjikan. Dia (Fazura) hanya membuat satu sidang media dan sesi fotografi serta video. Dia ada memuat naik tiga kali di laman Instagramnya.
Pemilik syarikat juga berkata dia hanya mahu menuntut semula bayaran RM156,000 yang telah dibuat kepada pihak pengurusan Fazura untuk perjanjian ini. Bagaimanapun, prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril akan bersambung hari ini.
Sumber: Harian Metro