berita

Fazura Mudah Mesra – Taufik Batisah

February 4th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

fik

Sejak bergelar juri di program Maharaja Lawak Mega 2014, ada pihak mendakwa Taufik Batisah dan Fazura bercinta. Malah ada individu bernama Sabrina menyebarkan cerita yang khabarnya Fazura sudah dirisik Taufik.

Artikel Berkaitan : Gosip : Fazura & Taufik Batisah Bertunang

Terbaru Taufik tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik kontroversi yang membabitkan namanya dan Fazura.

Enggan Dedah Identiti Kekasih

akurasa

Memetik laporan Kosmo, Taufik mengakui dirinya sedang mengenali seseorang namun enggan mendedahkan identiti sebenar kekasihnya itu. Fazura ke?

Saya mengakui kini sedang mengenali seseorang, bagaimanapun biarlah perkara itu menjadi rahsia. Saya fikir, tidak perlulah perkara itu dikongsi secara terbuka dengan peminat.

Cukuplah peminat hanya mengetahui perkembangan karier nyanyian saya dan mereka terus setia memberikan sokongan. Itu sudah memadai.

Akui Fazura Mudah Mesra

comel

Pada masa sama Taufik mengakui dirinya selesa berkawan dengan Fazura yang disifatkan sebagai mudah mesra. Taufik juga menafikan bahawa dirinya dan Fazura bercinta.

Saya dan Fazura hanyalah teman biasa sahaja, tidak lebih daripada itu. Bagi saya, dia merupakan seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugas dan kebanyakan masa kami berbicara ialah mengenai hal kerja sahaja. Hubungan kami tidak lebih daripada sebuah persahabatan.

Terdahulu, Fazura turut mengakui selesa berkawan dengan Taufik sejak berlangsungnya MLM namun hanya sekadar teman rapat. Ala kalau bercinta pun apa salahnya, kan?

SKIP THIS AD ×