Festival Muzik Neon (NMF) yang sentiasa dinantikan akhirnya kembali diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Jumaat lalu selepas sekian lama menyepi.
Sebagai salah satu penganjur acara terkemuka di rantau ini, HiFive Entertainment komited untuk menyatukan komuniti yang menggabungkan muzik, kulinari dan seni.
Artikel Berkaitan: Konsert Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Penuh Kejutan! Nyanyian Spontan Siti Nurhaliza, Hujan Duit & Jalur Gemilang Gergasi Antara Momen Menarik
Dapat sambutan hangat
HiFive sentiasa memfokuskan pada keterangkuman dan kepelbagaian bagi tujuan untuk mempersembahkan barisan artis tempatan dan antarabangsa, merangkumi pelbagai genre dan gaya untuk memenuhi pelbagai cita rasa muzik.
Daripada kumpulan muzik terkenal hingga artis yang akan sedang meningkat naik, penganjur berjanji mempamerkan bakat terbaik Malaysia dan antarabangsa.
Menurut pengarah urusan, Sean Pereira, berkata dia sangat gembira apabila Festival Muzik Neon mendapat sambutan yang menggalakkan dan luar biasa.
Kami sangat teruja kerana dapat mengadakan satu festival bertaraf antarabangsa untuk rakyat Malaysia.
HiFive Entertainment sedang dalam misi untuk turut menyediakan platform untuk artis tempatan menonjolkan bakat dan mendapat pendedahan dengan membuat persembahan dengan aksi antarabangsa yang mantap di negara kita sendiri!
2024 akan menjadi tahun yang lebih besar untuk kami dan akan memastikan usaha terbaik kami untuk memuaskan pasaran tempatan sambil turut menyediakan platform untuk bakat tempatan.
Antara barisan nama-nama besar dalam industri muzik antarabangsa yang memeriahkan Festival Muzik Neon antaranya Timmy Trumpet, Ben Nicky dan Wukong.
Selain itu, turut ada penampilan khas daripada Chukiess & Whackboi, Boris Foong, DJ’s Playground, Saixse dan SonaOne.
Di samping persembahan muzik yang menarik, HiFive juga menggabungkan pengalaman kulinari dengan bekerjasama bersama penjual makanan dan restoran terkenal.