berita

FFM31: Baru Keluar Dari Hospital, Zul Ariffin Dapat Hadiah Paling Bernilai – ‘Memang Penutup Tahun 2021 Yang Baik’

December 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Zul Ariffin pernah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta ekoran masalah tekanan darah tinggi atau hypertension.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital, Zul Ariffin Alami Tekanan Darah Tinggi

Artikel Berkaitan: Roh Dinobat Filem Terbaik FFM31, Zul Ariffin Diangkat Sebagai Pelakon Terbaik

Masuk hospital lagi

Ketika ditemui ketika Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), Zul, 35, mendedahkan dia baru sahaja keluar daripada wad selepas tiga hari terpaksa ‘check in’.

Menurut pemilik nama Zulkifli Ariffin, dia menyifatkan anugerah yang diterima ini adalah hadiah paling terbaik untuk tahun 2021.

Saya baru keluar dari hospital. Saya balik rumah kemudian terus bersiap datang ke sini. Tiga hari saya duduk di hospital kerana hypertension disebabkan banyak tuntutan kerja.

Apabila saya memperoleh trofi ini, ia sangat berbaloi. Allah belanja.. alhamdulillah hadiah paling indah untuk tahun 2021. Memang penutup tahun 2021 yang baik. Tahun hadapan saya akan kembali menjadi lebih produktif.

Tak pernah harap dapat julang trofi

Berkongsi perasaan apabila memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar, anak kelahiran Taping ini memanjatkan kesyukuran apabila akhirnya dapat menggenggam trofi tersebut.

Alhamdulillah, pertama kali terima kasih kepada Primeworks, Astro Shaw, Infinitus dan semestinya, Gayatri Su-Lin Pillai, Kabir dan Remy tahniah menang juga.

Sangkar adalah tentang kekeluargaan, kemaafan dan kesungguhan. Saya rasa, sangkar ada dalam diri kita semua.

Datuk Rosyam pernah cakap dia akan ketuk kepala saya dengan trofi ini jika saya gagal menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, suatu hari nanti.

Walaupun tak pernah harap julang trofi ini, namun, saya bersyukur anugerah ini akhirnya berada dalam genggaman saya.

Pada malam kemuncak itu, Sangkar mengungguli kategori Pengarah Terbaik dimenangi Kabir Bhatia, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik iaitu Remy Ishak, Anugerah Tatarias Terbaik (Ella Sandera) dan Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan).

Dalam pada itu, Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios berjaya merangkul dua trofi iaitu Anugerah Box Office yang merupakan anugerah khas dan Penataan Bunyi Terbaik (Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal dan Shafiq Isa).

Wira terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios turut memenangi Pelakon Wanita Harapan iaitu Fify Azmi.

Sumber: Instagram @zul_ariffin

SKIP THIS AD ×