Pelakon, Fify Azmi memberitahu dia seorang yang mudah untuk didekati lelaki berikutan hubungannya dengan aktor Nafiez Zaidi telah berakhir sebelum ini.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Fanna’ ini menepis dakwaan bahawa dia seorang ‘playgirl’.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Fanna’ Bakal Temui Penonton Di Pawagam Mulai 28 September Ini!
Terbuka mengenali sesiapa
Ketika ditemui OhBulan! Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 33, memberitahu dia terbuka untuk mengenali dengan sesiapa saja atas dasar pekerjaan mahupun berkawan semata-mata.
Yang saya dekati semua sebab bekerja. Dengan Nafiez pun saya berjumpa dia dekat set (penggambaran). Mestilah kenal-kenal. Saya tak adalah sekejam itu.
Saya sudah beritahu awal-awal tiada niat nak bercinta atau apa. Tapi sudah orang nak kenal kita, saya kan cakap boleh saja. Kenapa tidak? Tengoklah macam mana, InsyaAllah.
Berbicara soal bekas kekasih, Fify mengakui masih berhubung dan tidak bermusuh dengan Nafiez biarpun mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Fify yang ditemui di majlis pratonton filem terbarunya berjudul ‘Fanna’ di Dadi Pavilion, Jumaat lalu, enggan memperincikan hubungannya dengan pelakon Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, apabila ada dakwaan timbul mereka kini bercinta pula.
Saya dengan Syazwan kawan. Sebab kami terus-menerus (bergandingan kerja) penggambaran. Selepas ini pun saya ada tawaran yang kali ketiga dengannya. Saya tak nak cakap apa-apa. Biarlah orang buat andaian.
Di akhir temu bual, Fify memberitahu dia tidak serik untuk membuka hatinya berhubung soal cinta.
Terdahulu, Fify dan Nafiez mula rapat apabila mereka membintangi filem Ada Hantu 2. Hubungan mereka diketahui umum apabila keluarga Nafiez menghantar rombongan merisik pada Jun 2022. Bagaimanapun, hubungan tersebut berakhir pada April lalu biarpun sudah merancang untuk berkahwin pada Disember depan.