berita

Final Qu Puteh Bintang Bersama Bintang ‘Hambar’ Kerana 5 Perkara Ini

June 15th, 2015 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2015-06-15 at 1.19.15 AM

Diam tak diam rupanya program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang akhirnya telah pun melabuhkan tirai dan menyaksikan pasukan ‘underdog’ Chilok dinobatkan juara.

Membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000, pasukan Chilok berjaya menumpaskan Bocik, Achey, dan Titan. Memang tak disangka betul.

Namun disebalik pentas final semalam, terdapat beberapa perkara yang bagi kami agak ‘krik krik krik’ dan ‘syok sendiri’. Korang yang tengok pun mesti rasa macam itu juga kan?

Chilok Juara, Kalahkah Bocik & Achey

Screen Shot 2015-06-15 at 12.56.18 AM

Seperti penyertaan Bocik dan Achey di Maharaja Lawak sebelum ini, kami terhibur dengan persembahan mereka di pentas final semalam. Lawak Bocik bersama Shahrol Shiro memang mencuit hati.

Malah Achey juga tak mengecewakan, konsisten setiap minggu malah lawak yang cukup kreatif bersama adik Amira Shahira di pentas final.

Tapi kenapa Chilok yang menang? Dah rezeki mereka. Chilok pun kelakar la juga.

Lawak Syaitan Kumpulan Titan

Screen Shot 2015-06-15 at 1.27.16 AM

Membawakan dan melakonkan watak syaitan sebagai bahan lawak bagi kami bukanlah satu perkara yang bijak. Malah ia turut mendapat perhatian penonton yang turut mengkritik persembahan Titan yang disifatkan mengarut dan tidak kelakar.

Screen Shot 2015-06-15 at 1.29.22 AMScreen Shot 2015-06-15 at 1.30.13 AM

Walaupun mendapat pujian daripada Ogy Ahmad Daud namun komen Ajai cukup ‘setepek’ iaitu “Syaitan pun kena ada lawak”.

Komen ‘Macam Ini Lah Orang Kelantan’ Dato Seri Vida

Screen Shot 2015-06-15 at 1.34.13 AM

Rasanya semua sedia maklum tentang penajaan Dato Seri Vida untuk rancangan ini malah diangkat sebagai juri tetap.

Walaupun persembahan Titan tidaklah sebegitu memberangsangkan namun komen Dato Seri Vida yang memuji ‘orang kampungnya’ itu macam….Entah lah..

Persembahan Penutup Yang Krik Krik Krik

Screen Shot 2015-06-15 at 1.24.00 AM

Sebelum pengumuman siapa kumpulan yang bergelar juara, satu persembahan telah dilakukan oleh Anzalna, AG dan Fizie Hot FM.

Puas kami cuba faham dan gelak namun tak berupaya. Malah watak ‘lelaki lembut’ Fizie yang seolah meniru gaya Azwan Ali macam tak menjadi.

Product Placement Yang ‘Overdose’

Screen Shot 2015-06-15 at 1.35.55 AM

Mana tidaknya sepanjang program ini bersiaran, setiap masa produk Qu Puteh akan disebut. Sampaikan ada satu slot untuk mempromosikan produk ini. Dah macam program Jom Singgah pun ada.

Tak apa lah dia bayar berjuta-juta mungkin? Apa-apa pun Yana Samsuddin sangat cantik sepanjang program ini berlangsung. Pakai Qu Puteh ke?

Screen Shot 2015-06-15 at 1.25.58 AM

SKIP THIS AD ×