berita

Fiza Elite & Adam AF Sah Bergelar Suami Isteri

September 26th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-09-26 at 11.15.11 AM

Tahniah diucapkan pada kedua selebriti, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, dan juga Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, yang sudah sah bergelar suami isteri pagi tadi.

Dengan mas kahwin bernilai RM300, mereka berdua telah selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Keduanya mula menjadi bahan bualan peminat apabila Adam menerusi sebuah kenyataannya mengaku bakal menikahi Fiza pada hari Selasa lepas (24 September). Ini sekaligus mengejutkan seluruh industri hiburan kerana sebelum ini mereka berdua tidak pernah digosipkan bersama.

Adam & Fiza

Gambar ihsan, Ieka Jay.

Untuk pengetahuan, Adam merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2 dan Fiza pula adalah salah seorang bekas ahli kumpulan Elite. Keduanya pernah menjadi artis dibawah naungan KRU.

Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan pada pasangan mempelai. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Sumber & Kredit Foto : Murai. Instagram Zuan Melodi, Adeed Galaksi & Media Hiburan

SKIP THIS AD ×