Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berang apabila ada netizen yang sengaja mengganggu ketenteraman isterinya, Siti Zulaikha di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Dari Pukul Satu Tunggu’ – Fizi Ali Sedih Anak Tak Hadir Hari Graduasi, Tak Tahu Keberadaan Ameena Sofia
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Dituduh Sengaja Pisahkan Ameena Dari Shakilla, Netizen Suruh Bagi Kasih Sayang Dekat Anak Tiri – ‘Saya Ada Hak Sebagai Ayah’
Belum tunjuk perangai sebenar
Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik di Instagram Story, Fizi mendedahkan mesej peringatan individu itu yang sengaja bercakap buruk tentang dirinya kepada isteri.
Individu itu meninggalkan komen di hantaran Fizi sedang mencuci pakaian di premis dobi layan diri namun apa yang manis apabila tidak membenarkan isterinya turun dari kenderaan kerana tidak sihat.
Selalunya benda ini, awal-awal perkahwinan saja kak (panggilan diri). Tiga hingga lima tahun dia akan tunjuk perangai sebenar.
No hard feelings. Tetapi begitu la kehidupan.
Apa niat sebenar?
Pengacara berumur 34 tahun itu marah kerana tindakan itu seolah ingin ‘menggoyang’ keharmonian rumah tangganya. Kata pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin, individu itu boleh menghubunginya secara terus untuk meluahkan rasa kurang senang.
Awak DM isteri saya kemudian awak bagi kata-kata macam ini dekat dia? Ada masalah DM saya.
Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa? Pisahkan kami ke?
Pada minggu lalu, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua meluahkan rasa kecewa selepas tidak dapat bertemu dengan anak tunggalnya, Ameena Sofia pada hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, pada Sabtu.
Susulan itu, Fizi nekad menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah syariah.
Sekadar info, Fizi pernah bernikah dengan aktres, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Sumber: Instagram