berita

Pra-parti FMFA 2014 Tampilkan DJ Chuckie

December 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

chuckie

Bersempena dengan Future Music Festival Asia 2014 yang akan berlangsung dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang, Future Music Australia dan Livescape Asia akan mengadakan sebuah pra-parti istimewa untuk semua peminat muzik di luar sana.

Artikel berkaitan:

Pra-parti yang diadakan esok (4 Disember 2013) bakal menampilkan DJ Dutch terkenal, Chuckie dan beberapa orang penghibur FMFA 2014 iaitu Mr. Nasty dan GuruGuru.

Bagi yang sudah memiliki tiket FMFA, anda hanya perlu tunjukkan tiket berkenaan di pintu masuk dan berpeluang untuk menyertai pra-parti secara percuma sebelum jam 11 malam.

poster

Namun begitu, tiket ke FMFA 2014 akan turut dijual di sana dan pembeli boleh terus memasuki pra-parti berkenaan secara automatik.

Untuk pengetahuan anda, pra-parti FMFA akan diadakan di The Roof, 1st Avenue, Bandar Utama bermula jam 10 malam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila lawati laman Facebook Future Music Asia untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pra-parti ini.

FMFA 2014 akan kembali menghiburkan Malaysia pada bulan Mac 2014 dengan menampilkan barisan penghibur terkemuka seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan, Baauer dan ramai lagi.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, jom tonton video persembahan DJ Chuckie secara langsung dari Neuraum di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×