berita

Forteen Tumpang Populariti Izzue Islam?

February 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

majlis perlancaran “KITA 20FORTEEN CONCERT”-16

Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang muda ini mula dikenali menerusi single pertama mereka, ‘Berdua Bersatu’ yang telah berjaya tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Berkumpulan Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH 2011).

Bermula daripada itu, beberapa buah lagu seperti ‘Seperti Dulu’, ‘Tidak Pernah Berjumpa’ dan yang paling terbaru ‘Kita’ sering didengari di corong-corong radio dan sekaligus menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, nama salah seorang anggota kumpulan mereka, Izzue Islam nyata lebih menyerlah berbanding 3 orang ahli lain iaitu One, Ameer dan Ariz. Mereka dilihat seperti menempel populariti Izzue yang semakin dikenali menerusi bidang lakonannya.

majlis perlancaran “KITA 20FORTEEN CONCERT”-5Ariz, Ameer dan One nafi tumpang populariti Izzue Islam

Forteen ketika ditemubual di sidang media ‘Konsert Kita 20Forteen’ ini bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa karier Forteen juga berkembang sejajar dengan peningkatan nama Izzue.

Izzue pun awalnya orang tak kenal juga. Jadi nama Izzue dengan Forteen sebenarnya naik selari, dia berlakon bawa nama Forteen dan Forteen pula bila ada ‘show’, ada dia sekali.

Tapi memang tidak dinafikan Izzue lebih popular dan kedepan berbanding kami sebab Izzue berlakon ada keluar dalam televisyen. Kami buat ‘show’ tak keluar televisyen pun dan kadang-kadang orang tahu lagu Forteen tapi tak tahu siapa kami.

Tapi kami tidak pernah rasa iri hati dan cemburu sebab kami rasa kelebihan dia itu sekaligus membawa sekali nama Forteen.

Ariz Forteen juga turut menambah bahawa mereka memahami jadual karier Izzue yang padat dan tidak merasakan bahawa perkara itu menjadi satu masalah buat mereka.

Kami daripada awal terima Izzue sebagai seorang pelakon, kalau Izzue tiada, semua tahu Izzue ada penggambaran. Memang pada awal orang selalu bertanya berkenaan ketidakhadiran Izzue.

Tapi sejak akhir-akhir ini semua dah sedia maklum dan setakat ini Izzue sudah kosongkan jadual bulan 3 untuk beri komitmen pada konsert.

majlis perlancaran “KITA 20FORTEEN CONCERT”-3Foto sekitar sidang media Konsert Kita 20Forteen

Dalam pada itu, Forteen kini sedang sibuk menjalani latihan untuk ‘Konsert Kita 20Forteen’ yang bakal berlangsung pada 29 Mac depan di KL Live.

Sejumlah 15 buah lagu akan dipersembahkan di konsert ini yang dijangka akan dibanjiri lebih 2000 orang peminat mereka. Istimewanya, mereka juga bakal membawakan sebuah lagu solo dan menyanyikan medley lagu-lagu band popular sekitar tahun 90an.

Tiket konsert ini sudah mula dijual dengan harga RM80 dan boleh didapati di United Studios, KL live dan Red Box Ria. Sebelum itu, jom kita tonton video klip ‘Kita’ yang juga merupakan runut lagu sebuah drama televisyen swasta.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×