berita

Foto : Aizat & Amir Jahari Selamat Tiba Di Jepun

September 18th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Aizat Amdan & Amir Jahari

Sebelum ini OHBULAN! pernah melaporkan bahawa penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan Amir Jahari bakal terbang ke Osaka, Jepun bagi membuat persembahan sulung mereka di festival Kansai Music Conference (KMC) 2013.

Artikel Berkaitan :

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk persembahan tersebut, kedua-dua penyanyi itu kini dilaporkan telah selamat tiba di Osaka dan kedua-duanya kelihatan sangat teruja apabila berjaya menjejakkan kaki di negara matahari terbit itu.

Aizat Amdan 3

Aizat menggayakan pakaian tradisional Jepun ala-ala Kimono

Menerusi foto serta caption yang dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi itu, nampaknya masing-masing sedang sibuk membiasakan diri dengan gaya hidup di sana dengan memuat naik status berbunyi :

Aizat Amdan Amir Jahari

Secara umumnya, ahli kumpulan Go Gerila! turut berada di Jepun dan mereka juga akan sama-sama membuat persembahan di KMC 2013 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 20 September 2013.

Bagaimanapun, untuk semua peminat Aizat dan Amir, jom layan beberapa foto menarik mereka selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Amir Jahari, Aizat Amdan & Klubbkidd

SKIP THIS AD ×