berita

Foto Anak Liyana Jasmay Jelajah London Diusia 5 Bulan

October 16th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-15 at 4.05.43 PM

Untung betul jadi anak selebriti. Macam-macam boleh dapat kan. Cemerlang dalam SPM dapat kereta, kali ini baru menjangkau usia lima bulan, anak Liyana Jasmay sudah dapat jelajah kota London.

Lazimnya, tak ramai ibu bapa yang mahu bawa anak kecil melancong kerana bimbang anak meragam pula dalam flight. Tapi nampaknya Liyana Jasmay wat lek wat peace je.

Screen Shot 2014-10-15 at 4.06.47 PM

Percutian Liyana Jasmay sekeluarga nampaknya lebih bermakna apabila mereka mengimbau kenangan honeymoon bersama suami tercinta sambil ditemani baby Sofea yang super comel ini.

Meihat foto-foto percutian mereka membuatkan perasaan kami untuk melancong ke kota London ini semakin membuak-buak pula.

Iyalah, sejak dari kecil lagi kami memang ternanti-nanti saat menjejakkan kaki di kota yang penuh dengan aspirasi fesyen selepas Paris dan Milan ini.

Well, rezeki masing-masing kan. Agak-agak kemana pula Liyana nak bawa Sofea berjalan lepas ini?

Kredit Foto : Instagram Liyana Jasmay

SKIP THIS AD ×