berita

FOTO : Aznil Jumpa Kim Kardashian Di Los Angeles

January 10th, 2015 | by Wan
Kini Trending

KIMMM

Wah! Untunglah Aznil Haji Nawawi sebab dapat berjumpa dengan Kim Kardashian dan beberapa lagi artis terkenal Hollywood.

Sebenarnya Pak Nil ke Los Angeles atas jemputan NBC Universal untuk acara anjuran International Press Junket.

Akui Gementar

MILLA

Melalui beberapa keping foto yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Pak Nil sempat bergambar dengan personaliti serta selebriti popular seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.

Bercakap kepada Berita Harian, Pak Nil mengakui dirinya sedikit gementar namun berbekalkan semangat yang tinggi, ketakutan itu dapat diatasi.

Biarpun gementar dengan keupayaan saya untuk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untuk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.

Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yang akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah orang nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini.

Berpeluang Jadi Host E! NEWS

ENEWS

Kebolehan Pak Nil dalam bidang pengacaraan rasanya tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi memang layaklah Pak Nil berada di sana. Jangan jelous sebab Pak Nil akan menghadiri Golden Globe Awards ahad ini. Caya lah Pak Nil!

Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence. Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.

Jom kita tengok sikit gelagat Pak Nil jadi host E! NEWS.

SKIP THIS AD ×