berita

Foto : Bekas Kekasih Ariel (Noah), Luna Maya Turun Malaysia

May 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Luna Maya-10

Kepada para peminat Ariel Peterpan, kami pasti anda masih belum dapat melupakan kisah hitam penyanyi ini yang pernah dipenjarakan atas kesalahan menghasilkan dan mengedarkan bahan lucah di Indonesia.

Namun yang paling tidak dapat dilupakan adalah dimana video seks Ariel bersama Luna Maya dan juga seorang lagi selebriti turut tersebar di laman internet sehingga menjadi kontroversi terburuk pernah melanda penyanyi ini. Selang penahanan Ariel oleh polis Indonesia, dia yang dihukum penjara selama dua tahun bagaimana pun terus dilawat oleh Luna Maya, yang kini sudah pun menjadi bekas kekasihnya.

Selepas kejadian tersebut, Ariel yang kini sudah dibebaskan, kembali bersama kumpulannya untuk membina karier mereka semula dan Peterpan turut menukar nama asal mereka kepada Noah.

Luna Maya-2

Luna Maya bersama salah seorang lagi pelakon Pintu Harmonika, Fauzan Nasrul.

Luna Maya-5

Luna Maya sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi video seks bersama Ariel.

Dalam pada kontroversi yang berlaku, semalam, Luna Maya telah turun ke Malaysia bagi mempromosikan filemnya yang akan ditayangkan secara khas di Astro First serentak dengan tayangan di panggung wayang di Indonesia pada 25 Mei ini.

Filem berjudul Pintu Harmonika ini akan turut dibarisi oleh pelakon lain seperti Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, dan juga Barry Prima.

Apa pun, jurugambar OHBULAN! sempat merakamkan foto Luna Maya untuk tatapan para peminat di Malaysia.

SKIP THIS AD ×