berita

Foto Belakang Tabir Johan Raja Lawak Sebagai Seorang Ayah

April 11th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

3305a1ec85b111e2ac8422000a1fbf16_7

Semua sedia maklum pada  7 Januari lalu, isteri kepada pelawak terkenal, Johan telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga.

Meskipun usia bayi pasangan ini sudah masuk 3 bulan, akan tetapi kami masih belum pernah kongsikan foto comel bayi lelaki tersebut kepada anda semua bukan?

Menerusi foto yang dimuat naik menerusi laman Instgram, nampaknya Johan boleh juga dikategorikan sebagai ‘baby-sitter’ yang bagus serta pandai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami yang baik.

5b0674bc9d3c11e2a2d522000a1fb04d_7

Dalam pada itu, melalui caption foto yang dipaparkan, Johan dilihat sebagai seorang ayah yang penyayang dan gemar bergurai senda dengan isteri dan anak-anaknya. Sungguh seronok-kan?

Apa pun, jom layan foto Johan bersama bayinya selepas ini. Untuk makluman, dua anak lelaki mereka sebelum ini sudah pun memasuki usia tujuh dan dua tahun.

Kredit Foto : Instagram Jozlynnhanania

SKIP THIS AD ×