berita

Foto Emma Maembong Pegang Harimau [Bukan Anjing]

October 21st, 2014 | by Ai
Lensa Insta

10387335_10152816175885827_5523065927027093241_n

Tindakan sebuah badan NGO yang menganjurkan program ‘I Want To Touch A Dog’ pada hari Ahad lepas menjadi tajuk utama akhbar apabila ia didakwa cuba menyebarkan fahaman liberal & pluralisasi di kalangan masyarakat Islam setempat.

Difahamkan, lebih 800 pengunjung termasuk umat Islam menyertai program tersebut yang kononnya untuk mendidik orang ramai supaya tidak takut terhadap binatang jinak itu. Bagaimanapun, acara ini mendapat tentangan daripada Ketua Pengarah JAKIM kerana ia secara jelasnya menunjukkan bahawa pihak penganjur tidak sensitif dengan kedudukan umat Islam di negara ini.

“Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing, jelas Ketua Pengarah JAKIM”, Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM – Berita Harian

Dalam isu berlainan, pelakon yang kini lebih selesa berhijab iaitu Emma Maembong dilihat memberikan respon terhadap peserta program ‘I Want To Touch A Dog’ apabila dia memuat naik sebuah fotonya yang menyentuh harimau di akaun instagramnya.

emma harimau (3)

Situasi ini mendapat sokongan penuh daripada peminatnya kerana secara umumnya hukum Islam tidak meletakkan harimau sebagai binatang yang tergolong dalam najis mughallazah.

Emma Maembong & Harimau

Emma Maembong dilihat sebagai wanita yang berani kerana berjaya menjinakkan harimau sehingga tertidur.

Kredit Foto : Instagram Emma Maembong

SKIP THIS AD ×