berita

[FOTO] Ifan Seventeen Selamat Bernikah Dengan Citra Monica, Siap Ada ‘Live’ Dekat TV

May 29th, 2021 | by Wan
Lensa Insta

Selepas mengikat tali pertunangan sekitar April lalu, Ifan Seventeen akhirnya selamat disatukan dengan kekasih hati, Citra Monica dalam satu acara tertutup yang berlangsung di Pullman Hotel Jakarta Central Park, Jakarta Barat.

Artikel Berkaitan: Ifan Seventeen Selamat Bertunang

Menerusi acara yang disiarkan secara langsung selama dua jam di Youtube Ifan Seventeen TV, Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz. Pernikahan dua merpati sejoli ini juga disiarkan secara langsung di TransTV.

Pilih busana putih

Dalam majlis itu, pasangan ini memilih busana serba putih sebagai tema hari bahagia mereaka. Ifan atau nama sebenar Riefian Fajarsyah mengenakan busana adat Melayu manakala Citra memakai kebaya.

Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah M14,500, emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.

Ifan Seventeen sebelum ini kehilangan isteri tercinta, Dylan Sahara dalam satu bencana Tsunami di Banten, Selat Sunda pada Disember 2018. Dalam kejadian itu, ahli kumpulan Seventeen yang lain turut terkorban ketika membuat persembahan pada malam Sabtu.


 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×