berita

Foto: Majlis Baby Shower Nana Mahazan Tema Safari

November 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-20 at 11.42.00

Dalam diam rupanya banyak aktiviti dan persediaan yang dilakukan oleh Nana Mahazan sebelum menyambut kelahiran cahaya mata kedua.

Beberapa minggu lepas, Nana ada berkongsi gambar keluarga bahagianya yang diambil sewaktu sesi penggambaran foto khas untuk mengabadikan kenangan sebelum bersalin.

Artikel berkaitan:

Namun seperti wanita mengandung yang lain, Nana juga nampaknya tidak ketinggalan untuk mengadakan sebuah majlis baby shower untuk meraikan kelahiran anaknya kelak.

Screen Shot 2013-11-20 at 11.39.20

Nana bersama suami dan anak sulungnya, Althea

Difahamkan, Nana mengidamkan sebuah majlis bertemakan safari dan apa yang menarik, impiannya itu terlaksana dengan kerjasama kelab peminat Nana dan pengurus majlis.

Melalui foto-foto yang dikongsikan oleh Nana di Instagram, kelihatan beberapa orang rakan baiknya turut hadir memeriahkan suasana termasuklah Fara Fauzana dan Hanis Zalikha.

Bagi yang belum berkesempatan melihat foto-foto yang dimaksudkan, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Nana Mahazan

SKIP THIS AD ×