berita

[FOTO] Majlis Meriah Macam Kahwin – Pertunangan Elfira Loy & Suffian Suhaimi Tarik Perhatian Netizen

October 7th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Selepas lama berkawan, Elfira Loy selamat bergelar tunang kepada penyanyi, Sufian Suhaimi. Majlis pertunangan yang berlangsung pada 4 petang semalam itu menarik perhatian netizen. Memang meriah!

Memetik laporan mStar, pasangan baru itu telah memilih untuk mengadakan majlis pertunangan yang lebih bersifat peribadi dan intim di kediaman Elfira, Alam Damai. Ia dimeriahkan hanya oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat industri antaranya Bella Dally, Sherry Al Hadad dan Sharifah Sakinah.

Sama cantik, sama padan

Cantik bukan pasangan dua sejoli ini? Apabila ditanya mStar tentang perancangan perkahwinan mereka, Elfira belum lagi menetapkan tarikh kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai. Namun mengikut perancangan awal, apa yang pasti buat masa ini, mereka bakal melangsungkan pernikahan pada Mac tahun hadapan. InysaAllah, admin doakan yang baik-baik untuk korang!

Segak menggayakan batik

Untuk majlis itu, tema batik menjadi pilihan hati merpati dua sejoli ini. Kedua Elfira dan Sufian mengenakan busana yang mendukung konsep motif batik, masing-masing memaparkan hasil sentuhan pereka Rizman Ruzaini dan Fairuz Ramdan. Cantik kan pelamin diorang? Floral gituu.

Admin berharap hari bahagia korang ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Menariknya!

Netizen gembira

Sumber: Mstar, Elfira Loy, Sufian Suhaimi, Rizman Ruzaini

 

 

SKIP THIS AD ×