Di Instagram, pelakon Angeline Tan berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik beberapa foto bertudung. Menurut netizen, wanita berusia 56 tahun itu kelihatan cantik dan muda tatkala memakai tudung.
Artikel Berkaitan: ‘Cantik, Tak Muak Pandang’ – Netizen Doakan Fara Mendoza Istiqamah Bertudung Selepas Mengerjakan Umrah
Artikel Berkaitan: Anne Abdullah Pakai Hijab Selepas Tunai Umrah
Tidak dimakan usia
Rata-rata netizen mendakwa raut wajah pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ sebagai watak Lucy itu masih kekal ayu tanpa mekap dan tidak dimakan usia meskipun kini dia sudah melewati usia 50 tahun. Ujar netizen lagi, kecantikan Angeline menjadi lebih terserlah apabila dia memakai tudung.
Di samping itu, netizen dan peminat mendoakan agar Angeline mendapat hidayah daripada Allah.
Sumber: Angeline