berita

Foto : Pasangan Belasan Tahun Kahwin Muda

December 17th, 2014 | by Wan
Kini Trending

kawen1

Agak terkejut jugalah kami bila mengetahui umur sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan sekitar penghujung November yang lalu. Mana tidaknya si suami baru berumur 15 tahun dan isterinya pula 17 tahun!

Haa korang pun mesti terkejut juga kan? Tapi tak apalah, benda yang baik elok juga dicepatkan, dah jodoh mereka.

Suami Lebih Muda Bukan Masalah Buat Pasangan Ini

kawen3

kawen2

kawen

Foto perkahwinan pasangan yang berasal daripada Johor ini mula menjadi viral dan dikongsi oleh orang ramai di laman sosial. Rata-rata mereka mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini dan ada yang sebaliknya.

Maklumlah kami dulu masa umur 15 tahun, masih lagi keliru antara nak ada boyfriend/girlfriend ke tak. Haha.

Kahwin Muda Viral : Syafiq & Yana

Rasanya perkahwinan di usia muda ini bukan benda baru. Kalau korang ingat, pada tahun 2012 orang ramai dikejutkan dengan video perkahwinan pasangan Syafiq dan Yana yang masing-masing berumur 16 dan 14 tahun.

Menurut bapa kepada pengantin lelaki, berkahwin di usia muda adalah tradisi dalam keluarga mereka. Jadi memang tak jadi masalah bila si bapa sendiri dah merestui perkahwinan mereka berdua ini.

Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak Tiga!

Kalau korang ingat pada tahun yang sama, satu pasangan lagi turut mendirikan rumah tangga. Tapi yang ini lagi rare sebab si isteri, Fazira baru berusia 13 tahun ketika dinikahkan manakala si suami, Fahmi berumur 20 tahun.

Namun selepas beberapa bulan berkahwin, pasangan ini kembali mendapat perhatian orang ramai kerana Fazira dikatakan menuntut cerai ekoran tidak tahan dengan layanan keluarga mertua. Pada masa yang sama, ayah Fazira mendakwa anaknya diperkosa sebelum dinikahkan!

ceraiiii

Menurut pandangan korang, wajar atau tidak pasangan remaja berkahwin di usia muda seperti yang kami ceritakan di atas? Sejauh mana tahap persediaan mereka untuk hadapi alam rumahtangga yang penuh berliku? Berkahwin sekadar untuk elakkan maksiat?

SKIP THIS AD ×