berita

[FOTO] Percutian Romantis Atas Kapal Salih Yaacob Bersama Isteri-Isterinya

June 3rd, 2015 | by Wan
Lensa Insta

ohbulansalih

Sebut sahaja nama Salih Yaacob pasti ramai memuji akan kehebatan dan kemampuan penyampai radio itu dalam menguruskan rumah tangga. Iyalah bukan calang-calang, empat isteri dalam satu masa.

Jika sebelum ini Salih Yaacob pernah muncul di program Romantika bersama isteri-isterinya, kali ini beliau sekali lagi meluangkan masa bercuti.

Iyalah cuti sekolah kan sekarang, boleh bawa anak-anak sekali. Tapi ke mana ye?

Belayar Sekitar Langkawi

Screen Shot 2015-06-02 at 10.47.50 PM

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh dirinya di laman Instagram, Salih Yaacob dilihat meluangkan masa bercuti ke Langkawi.

Namun apa yang menarik perhatian kami ialah keseronokan percutian terbabit. Salih Yaacob atau lebih dikenali sebagai Abang Jem dikhabarkan siap sewa kapal dan belayar sekitar Langkawi.

Wah bukan main lagi. Kami yang tengok ini pun tumpang gembira.

Bermulalah satu pelayaran…

A video posted by Salih Yaccob (@abgjem_ifollow) on

Sambut Anniversary Isteri Ke-4

Screen Shot 2015-06-02 at 10.35.30 PM

Pada masa sama ketika percutian tersebut, Salih Yaacob sempat meraikan hari ulang tahun perkahwinan yang keempat dengan isteri yang keempat. Fuh! kami yang nak tulis ini pun bukan main susah.

Tambah Salih Yaacob, dirinya takkan tambah lagi satu. Hihi yela dah cukup kuota kot. Melihat kepada layanan istimewa Salih Yaacob terhadap isteri-isterinya ini, ramai pengikutnya di Instagram memuji.

Apa-apa pun tahniah kepada Abang Jem kerana bakal menimang cahaya mata baru tak lama lagi. Lelaki-lelaki di luar sana patut jadikan Abang Jem sebagai mentor kalau nak tambah ‘cawangan’ lagi hihi.

Screen Shot 2015-06-02 at 10.51.59 PM

SKIP THIS AD ×