berita

Foto Pernikahan Dato Hattan & Datin Arianie

July 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Dato Hattan Nikah 8

Umum tahu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Biso Bonar dan Mahligai Syahdu, Dato Hattan telah pun selamat bernikah buat kali kedua dengan bekas isterinya, Datin Arianie Abidin, petang semalam (24 Julai) di Hotel Marriot Putrajaya.

Selain ahli keluarga terdekat, majlis pernikahan pasangan ini nampaknya turut dihadiri oleh rakan-rakan artis lain, antaranya adalah Misha Omar, Raja Azura, Eja, Ziana Zain, Dato A Rahman Hassan serta Ramli Sarip.

Dato Hattan Nikah 1

Tetamu menyaksikan upacara memotong kek oleh pasangan mempelai

Apa yang menarik mengenai pernikahan Dato Hattan kali ini adalah, majlis yang penuh bermakna itu turut disaksikan oleh anak lelakinya Adam Eiman, 15 dan secara umumnya, Adam merupakan anak tunggal hasil perkongsian beliau bersama Arianie sebelum ini.

Artikel Berkaitan :

Sebagai makluman tambahan, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada tanggal 10 Mac 2005 dan selepas itu, Dato Hattan berkahwin pula dengan Farah Asyikin Othman pada 11 November 2011. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 2 bulan sahaja dan disahkan bercerai pada 12 Januari 2012.

Untuk semua peminat Dato Hattan, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto pernikahan penyanyi tersebut bersama isteri tercinta yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada jurufoto rasmi mereka, REDphotography

SKIP THIS AD ×