berita

[FOTO] Persandingan Romantis Farah Nabilah & Suami, Bagai Pinang Dibelah Dua!

January 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Farah Nabilah sudah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019 lalu. Pasangan ini telahpun mengadakan majlis resepsi belah pihak lelaki bertemakan Bollywood.

Manakala, pada malam ini menyaksikan majlis resepsi disebelah pihak perempuan pula bertemakan western style. Majlis telah diadakan dengan meriah di Four Seasons, Kuala Lumpur. Memang sama cantik, sama padan!

Cantik persis puteri kayangan

Persembahan romantis

Kenalan rapat dan rakan artis

Majlis persandingan sambut menantu ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu tema Mahligai Cinta iaitu lagu Hari Ini nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. Nyanyian solo oleh Hael Husaini dengan lagu I Will Make Love To You dan Lelaki Teragung dari suara lunak Dayang Nurfaizah.

Bagi anda yang ingin menonton video romantis sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh layari Youtube TV3MALAYSIA channel atau di www.mahligaicinta.my dan ikuti media sosial rasmi Instagram @mahligaicintaTV3.

SKIP THIS AD ×