berita

Foto : Pemandu Proton Iriz Selamat Setelah Kemalangan Dengan Kelajuan 150 km/j

December 5th, 2014 | by Wan
Kini Trending

iriz5

Walaupun baru sahaja diperkenalkan September yang lalu , Proton Iriz membuktikan kehebatannya dengan merangkul 2 gelaran di Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2014.

Menampilkan beberapa fungsi moden, disamping dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk pemandu dan penumpang, kereta kompak ini disebut-sebut sebagai pesaing utama Perodua Myvi.

iriz6

Namun hari ini di laman sosial kecoh dengan penyebaran gambar Iriz yang rosak teruk akibat kemalangan pada kelajuan tinggi. Nak tahu berapa kelajuan kereta tersebut? 150 km/h!

Difahamkan pemandunya mengantuk dan melanggar kereta lain yang berada di hadapan. Apa yang menariknya, pemandu Iriz tersebut hanya mengalami kecederaan kecil dan dengan selamba berjalan keluar daripada keretanya. Ini memang betul-betul cool!

Patutlah Iriz mendapat penarafan 5 bintang ASEAN NCAP malalui ujian di makmal MIROS baru-baru ini. Ini adalah bukti sistem keselamatan Iriz sangat tinggi.

So korang dah berangan-angan nak beli Iriz tak? Nak kami list kan senarai showroom Proton?

iriz3

iriz2

iriz1

iriz7

Kredit Foto : Funtasticko.net

SKIP THIS AD ×