berita

Foto : Shuib & Sarah Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ke-2

May 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Baby ke-2 Shuib & Sarah 2

Tahniah! diucapkan buat pelawak terkenal, Shuib dan isterinya Siti Sarah Raisuddin yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada petang Jumaat lepas dengan cara pembedahan.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Shuib menerusi laman Twitternya dengan status berbunyi :

Assalammualaikum semua..alhamdulillah pd pkl 4.46ptg jumaat 17may2013 sy dan isteri selamat myambut baby kedua kami dgn berat 3.6kg.

Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.

Terima kasih pd semua yg ucap tahniah dan kata kata yg indah hari ini hari kelahiran anak kedua sy. Semoga Allah swt mcucuri rahmat kpd anda.

Bayi perempuan seberat 3.6kg itu telah diberi nama sebagai Dzakira Talita Zahra. Wow, bukan main sedap lagi nama baby mereka kan?

Untuk makluman, Shuib dan Sarah telah bernikah pada 26 Februari 2011 dan hasil pernikahan tersebut pasangan ini telah menerima cahaya mata pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember 2011.

Dengan ini kami selitkan beberapa foto keluarga Shuib dengan baby baru mereka. Jom layan!

Baby ke-2 Shuib & Sarah 1

Keadaan Siti Sarah yang menaggung sakit hampir 48 jam

Baby ke-2 Shuib & Sarah 8

Shuib dengan baby baru :)

Baby ke-2 Shuib & Sarah 11

Anak sulung mereka, Uwais Alqarni bersama adik barunya

Bagi anda yang masih belum puas menatap foto comel baby Dzakira Talita Zahra, jom tengok lagi 11 foto selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×