berita

Siti Nurhaliza, Datuk K Sanding Lagi Sekali

December 24th, 2014 | by Wan
Kini Trending

siti

Korang mesti terkejut kan bila tengok gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K ini. Kalau dilihat kepada pakaian yang digayakan Siti dan dan Datuk K memang dah macam pengantin! Eh jap, ke memang sanding lagi sekali?

Rupanya Dijemput Sanding Lagi Sekali

datooo

Sebenarnya Siti dan suaminya telah dijemput untuk bersanding buat kali kedua setelah mereka menghadiri sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ di Johor Bahru.

Kalau diperhatikan betul-betul foto Siti dan Datuk K ini tak ubah macam masa mereka mendirikan rumahtangga pada Ogos 2006. Diam tak diam rupanya dah 8 tahun!

Wedding Of The Decade

majlis-nikah-siti-nurhaliza

Rasanya rakyat Malaysia masih ingat lagi ingat tentang perkahwinan Siti dan Datuk K yang disatukan dalam sebuah majlis penuh gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Mana tidaknya siap boleh tengok secara langsung melalui TV3.

Kami di OHBULAN! mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×