berita

[FOTO] Suami Fouziah Ghous Romantik Habis, Siap Hidang ‘Fine Dining’ Dalam Wad

November 16th, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Genap seminggu menerima kehadiran putera kedua, pelakon Fouziah Ghous dan suaminya, Zhafran Yusof semestinya tidak sabar meniti kehidupan baharu dengan bayi baru mereka disamping putera sulung, Muhammad Zeeshan Zhafran. Mesti yang paling happy si ayah kan. Lepas ni, tambahlah lagi geng.

Mengikut laporan, Fouziah sepatutnya dah keluar dari hospital Sabtu lepas. Namun, menerusi intipan OhBulan! semalam, pelakon dan pengacara program Nona itu masih lagi berada berada dalam wad. Tidak pasti apa sebabnya, mungkin mahu rehat lebih lama. Menariknya, sepanjang berada di wad, Zhafran melayan habis isterinya itu, siap hidang makan malam…

Ala fine dining chuolls

Romantik habis ‘Chef’ Zhafran ni! Memandangkan pelakon itu dalam tempoh pantang buat ketika ini, memang tak boleh keluar sangat. Jadi, dibawanya fine dining ke wad. Lucu memang lucu, tapi effort tu! Ye lah, nak menghargai pengorbanan isteri bertarung nyawa, apa salahnya ye tidak?

Hargai isteri

Kalau tengok pos lain pun, nampak Zhafran ni memang sweet sangat dengan isterinya. Terbaru, menerusi kemaskini story Instagram Zhafran, Fouziah telah pun keluar dari hospital. Kami di OhBulan! mendoakan perjalanan baru ini ditempuhi dengan penuh kesabaran disamping dua putera #zhafoujr!

Sumber: Instagram Fouziah Ghous, Zhafran Yusof

SKIP THIS AD ×