berita

Foto : Uqasha Tetap Adakan Majlis Harijadi Pekin

October 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Pekin & Uqasha

Sekitar minggu lepas, industri hiburan dikejutkan dengan isu kononnya pasangan selebriti terkenal, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose putus tunang gara-gara orang ketiga.

Berikutan insiden tersebut, nama aktor, Sharnaaz Ahmad telah dikaitkan dalam hubungan cinta mereka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kurang enak di kalangan pihak media dan peminat setia mereka berdua.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, segala spekulasi tersebut terlerai apabila Pekin akhirnya mengaku semua itu hanya sekadar salah faham dan tujuan utama Uqasha berhubung dengan Sharnaaz adalah untuk merancang kejutan harijadinya yang jatuh pada tanggal 26 Oktober lepas.

Pekin & Uqasha 1

Uqasha Senrose di majlis harijadi Pekin

Setelah timbul kontroversi tersebut, pasti ramai yang beranggapan kejutan harijadi Pekin sudah terbatal bukan? Akan tetapi, nampaknya perkara tersebut langsung tidak menjejaskan rancangan Uqasha untuk memberi kejutan buat kekasih hatinya itu.

Buktinya boleh dilihat menerusi beberapa foto yang telah dikongsikan oleh Uqasha di laman sosialnya beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian foto tersebut, majlis harijadi Pekin telah berjalan dengan lancar dan ia turut dihadiri oleh pasangan pelakon terkenal, Qi Razali serta Nelydia Senrose.

Dalam pada itu, melalui sekeping foto yang dikongsikan, Pekin turut melahirkan rasa terharu terhadap kejutan yang telah dirancang oleh kekasih hati dan akui Uqasha merupakan pasangan yang terbaik buat dirinya.

Untuk semua peminat Pekin dan Uqasha, jom lihat beberapa foto menarik serta video mesra mereka selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Uqasha Senrose, Nelydia & Qi Razali

SKIP THIS AD ×