Sebelum ini industri hiburan telah dikejutkan dengan penceraian antara penerbit drama terkenal Datuk A. Aida bersama pelakon Ariff Aziz. Mereka telah sah bercerai talak satu pada 24 April yang lalu selepas 9 bulan mendirikan rumah tangga.
Terbaru, menerusi Instagram milik Ariff Aziz, dia telah memuat naik foto dan video mesra bersama seorang wanita yang dipercayai warga Ukraine berserta kapsyen yang menunjukkan bahawa mereka berkemungkinan dalam percintaan. Rata-rata netizen menyokongnya dalam hubungan itu jika wanita itu menjadi pilihan hatinya.
Jumpa lagi
https://www.instagram.com/p/B5JVNgEJUjU/
Wanita itu dikatakan telah pulang ke negara asal selepas beberapa hari meluangkan masa di Malaysia bersama Ariff. Rata-rata peminatnya memenuhi ruangan komen dengan menyatakan bahawa mereka berdua sesuai untuk menjadi pasangan kekasih.
Video mesra mereka berdua
https://www.instagram.com/p/B5KNBAXpa5M/?igshid=1lfnud0m0i8fo
Ariff turut memuat naik video mesra antara mereka berdua.
Ini baru sepadan
Sumber: Ariff Aziz