Penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman mendedahkan dia tidak menggalakkan isterinya, Tom untuk terlibat dengan aktiviti nyanyian di kelab malam selepas mereka mendirikan rumah tangga sejak Februari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Solat Saya Akan Tanggalkan Subang’ – Fuad Rahman
Tak nak orang mengata Tom
Ketika ditemui OhBulan!, Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman berkata, dia tidak mahu Tom menerima kata-kata kecaman yang mampu memberi kesan negatif kepada isterinya itu.
Bila kita bekerja menyanyi di kelab malam ni kadang-kadang kita tak tahu yang kita ni akan dapat kata-kata yang positif atau pun negatif dari orang sekeliling.
Jadi pada saya lebih baik Tom tak terlibat lagi dan saya akan cuba sedaya upaya untuk uruskan Tom dan anak-anak.
Saya tak nak nanti in future orang kata begitu begini sebab nanti yang geram pun kita juga. Bila jadi suami ni kalau dapat komen yang negatif tu sikit-sikit kita okay lagi tapi bila dah terlalu extreme tu pun tak boleh juga.
Sebagai seorang suami, saya kena jalankan tanggungjawab demi memastikan isteri saya tak stres di kemudian hari.
Fuad berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas tamatnya konsert minggu keenam Famili Duo 2023 (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad,
Dalam pada itu, Fuad dan Tom juga menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak pernah menghina individu yang bekerja di kelab malam kerana mereka juga memulakan kerjaya mereka di sana.
Saya dan Tom tak menghina mereka yang kerja menyanyi di kelab, tidak. Cuma apa yang saya pesan pada Tom ialah, ‘Nama awak dah mula dikenali orang di kaca tv jadi awak kena jaga sikit’.
Sebab bila kita nyanyi di kelab orang akan rakam video dan kita jadi viral. Kita tak sentuh air tu pun orang boleh kata kita sentuh jadi saya hentikan demi kebaikan Tom dan anak-anak.
Kami lagi sekali nak cakap yang kami tak hina ke apa sebab kami pun (berasal) dari sana dan kadang-kadang bila kami rindu dengan suasana nyanyian sebegitu kami akan tengok sahabat-sahabat kami.
Mereka pun di sana hanya menyanyi dan tidak melakukan seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang di luar sana.
Sekadar info, Fuad dan Tom sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia pada 26 Februari yang lalu.
Sebelum ini, Tom pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki manakala Fuad pula memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Sekadar info, Fuad dan Tom ketika ini sedang bertanding dalam program Famili Dua 3 (FD3) bersama Shila Amzah dan Syahir, Sharif dan Syaiful Zero, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.