berita

G-Dragon Lancar MV Kedua, Crooked!

September 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

G-Dragon 1

Jika Ahad lalu, G-Dragon baru sahaja melancarkan video klip pertama daripada album terbarunya berjudul Coup D’etat, nampaknya belum sampai seminggu video tersebut menemui peminat di laman YouTube, penyanyi tersebut telah mula mengeluarkan video seterusnya berjudul Crooked.

Video berdurasi 3.46 ini dilihat lebih rancak daripada video sebelumnya dan turut menampilkan beberapa sisi yang berbeza daripada video Coup D’etat.

Artikel Berkaitan :

Melalui video yang dipaparkan, G-Dragon telah membawa watak sebagai budak jalanan yang suka berparti dan melepak.

G-Dragon 2

Watak budak jalanan G-Dragon

Sejak MV Crooked ini di muat naik di laman YouTube semalam, video tersebut telah berjaya mencapai lebih 19 ribu like dan mendapat pelbagai respon positif daripada peminat.

G-Dragon 3

Apa pun, untuk semua peminat muzik K-Pop, jom layan video terbaru G-Dragon selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×