berita

Gadis Tanya Dr. Zulkifli Orang Islam Kalau Meninggal Jadi Zombie Dikira Mati Syahid Atau Tidak

February 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sedutan filem: Train To Busan

Mungkin terlalu banyak menonton filem zombie, seorang gadis tertanya-tanya adakah seseorang Muslim itu dikira sebagai mati syahid selepas bertukar menjadi mayat hidup. Luar kotak betul pemikiran dia!

Persoalan tersebut telah diajukan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi satu ciapan di Twitter.

Artikel Berkaitan: Zulkifli Jawab Kenyataan Ramai Wanita Masuk Neraka Sebab Tolak Poligami

Artikel Berkaitan: Isu Takut Mati, Dr Zulkifli Pertahan Dr Noor Hisham

Artikel Berkaitan: Alhamdulillah! Dr Zulkifli Sembuh Covid-19

‘Jauh saudari fikir’

Ujar gadis ini perkara tersebut sudah lama ‘membelenggu’ dirinya dan turut memberikan situasi jika negara Malaysia diserang oleh zombie.

Bercerita lebih lanjut, dia menjelaskan soalan yang diajukan adalah serius dan bukan sekadar jenaka.

Membalas ciapan tersebut, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri akui risau dengan soalan yang diajukan dan gadis ini dikatakan berfikiran terlalu jauh.

Jawapan pendek yang dikongsi oleh beliau pada petang semalam, telah meraih hampir 9k tanda retweet dan 16.3k tanda suka.

Respon netizen

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen dilihat sempat memberikan jawapan mereka tersendiri dan menjelaskan soalan tersebut sama sekali tidak pernah terlintas dek akal.

Sumber: Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

SKIP THIS AD ×