berita

Gagal Kemukakan Dokumen, Peniaga Ikan Siakap Viral Bakal Didenda Sehingga RM50k Jika Sabit Kesalahan

November 22nd, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Peniaga di Langkawi, Kedah yang viral baru-baru ini kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM1,000 bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196 Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran

Artikel Berkaitan: Pelanggan Siakap Langkawi Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Restoran Tak Jujur – ‘Tiada Makluman Langsung Tentang Berat Ikan’

Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196 Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran

Gagal kemukakan dokumen

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, peniaga restoran terapung terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh yang ditetapkan.

Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

Difahamkan, sehingga 17 November 2021, peniaga terbabit masih gagal mengemukakan dokumen tersebut meskipun KPDNHEP telah melanjutkan tempoh penghantaran dokumen itu.

Didenda RM50k jika sabit kesalahan

Berikutan daripada itu, KPDNHEP telah membuka kertas siasatan dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×