Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis kerana tergamak menyebarkan video tidak senonoh bekas kekasihnya di aplikasi WhatsApp.
Artikel Berkaitan: Sering Difitnah & Diburukkan Di Depan Rakan, Lelaki Bunuh Bekas Kekasih Dengan Kejam!
Artikel Berkaitan: Wanita Ugut Bunuh Bekas Kekasih Guna Pedang Samurai
Simpan dendam
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Serambi News, suspek mengakui melakukan perbuatan tersebut gara-gara menyimpan dendam dan berasa sakit hati terhadap bekas teman wanitanya yang memutuskan hubungan mereka.
Ssupek nekad menyebarkan video tersebut dengan harapan mangsa akan kembali kepadanya.
Dia nekad menyebarkan video tidak bermoral itu dengan harapan bekas kekasihnya, sudi kembali menjalinkan hubungan dengannya.
Suspek adalah bekas teman lelaki mangsa. Motif suspek menyebarkan video tidak senonoh agar mangsa dapat menjalin kembali hubungan dengannya.
Menurut Ketua Polis AKP Tiyan Talingga, mangsa dan bekas kekasihnya telah menjalinkan hubungan sejak sebulan lalu, namun hubungan mereka terputus apabila suspek sering meminta mangsa untuk membuat video tidak senonoh dan menghantar kepadanya.
Disebabkan tidak tahan diugut, mangsa dengan berani membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Namun, beberapa hari selepas mereka putus, mangsa masuk ke satu kumpulan WhatsApp di mana di dalam itu terdapat video kandungan lucah mengenai dirinya.
Apa yang lebih teruk, kebanyakan orang yang menjadi ahli kumpulan WhatsApp tersebut adalah ahli keluarganya.
Mangsa segera membuat laporan polis dan suspek telah ditahan dengan beberapa bahan bukti telah pun dirampas.
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam tahun dan denda satu juta rupiah (RM300.63) jika didapati bersalah.
Sumber: Serambi News