berita

Gara-Gara Mahu Elak Jalan Sesak, Lelaki ‘Lawan Arus’ Nyaris Maut

September 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Gara-gara memandu melawan arus, seorang pemandu lelaki berusia 50-an nyaris maut di atas tindakannya itu sendiri. Kemalangan yang berlaku di Bukit Baru-Duyung, Melaka itu turut membabitkan tiga buah kenderaan lain.

Elak kesesakan di lampu isyarat

Memetik laporan Kosmo!, difahamkan individu itu bertindak memandu melawan arus dari arah Duyung menuju ke Bukit Katil semata-mata untuk mengelak kesesakan di lampu isyarat berkenaan.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu, tiga lagi kenderaan iaitu Proton Waja, MPV Naza Citra dan Perodua Viva turut menjadi mangsa.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II iaitu Abdillah Hamid, kejadian yang berlaku pada jam 7.25 pagi tadi bagaimanapun telah dibantu pihak bomba sejurus menerima maklumat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Iswara yang datang dari arah Duyung dipandu secara melawan arus untuk mengelak kesesakan lampu isyarat menuju ke Bukit Pulau.

Pada masa sama, tiga lagi kenderaan terbabit datang dari arah Bukit Pulau menuju ke Bukit Katil menyebabkan berlaku rempuhan sebelum Proton Iswara terbalik.

Bagaimanapun, kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam dari kenderaan dan segera dibawa ke Hospital Melaka.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×