Badan seorang kanak-kanak lima tahun melecur 30 peratus akibat seterika panas yang diletakkan di perut dan belakang badannya.
Artikel Berkaitan: Remaja Melecur Separuh Badan, Mahu Kejar Impian Jadi Bomba
Artikel Berkaitan: Pelajar Asrama Meraung Didera Cikgu, Tangan Melecur & Melepuh Akibat Dicelup Air Panas
Masih dalam rawatan rapi
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Tribun News, kanak-kanak itu tinggal bersama ibu saudaranya selama beberapa bulan.
Permulaan insiden menyakitkan itu kerana kanak-kanak itu makan buah rambutan lalu membuat sepah sehingga menyebabkan ibu saudaranya marah dan memukul kaki dengan sebatang penyapu.
Perbuatan yang kejam itu diketahui oleh penduduk di situ dan mereka terus melaporkan kepada Polis Simalungun.
Menurut Ketua Polis, Ronald Sipayung, kanak-kanak berusia lima tahun itu dibawa ke Hospital Angkatan Darat Pematangsiantar.
Kami segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan rapi yang diperlukannya.
Tambahnya lagi, pihak polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan merampas bukti.
Sementara itu, suspek cuba mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa dia hanya mahu mendisiplinkan mangsa.
Sumber: Tribun News