berita

Pelajar Asrama Meraung Didera Cikgu, Tangan Melecur & Melepuh Akibat Dicelup Air Panas

August 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

dera

Seorang guru di sebuah sekolah asrama di Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas disyaki mendera pelajarnya sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

Guru dera pelajar

dera

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Jatin Tribunnews, mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah itu melecur, melepuh dan bengkak pada tangannya akibat dicelup dalam air mendidih. Menurut sumber, kejadian tidak berperikemanusiaan itu berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 8 malam.

Disebabkan itu juga, mangsa seringkali mengadu sakit sehingga sukar untuk tidur. Susulan daripada kejadian tersebut, ibu bapa mangsa tampil membuat laporan polis.

Kami harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku. Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain.

Difahamkan, mangsa yang menerima rawatan di hospital telah pulang ke rumah.

Sumber: Jatin Tribunnews

SKIP THIS AD ×