Hanya kerana hilang sabar, seorang ustazah didakwa menampar muridnya yang berusia 7 tahun sehingga meninggalkan kesan merah pada pipi mangsa.
Difahamkan, ustazah berkenaan hilang sabar dengan anak muridnya itu kerana tidak menjumpai surat yang diminta ketika mencari di dalam beg sekolah.
Artikel Berkaitan: Bagi Alasan Murid Terlalu Aktif, Ibu Kecewa Guru Pulas Telinga Anak Autisme Hingga Bengkak
‘Lempang’ depan pelajar & guru
Menerusi ciapan yang dikongsikan seorang wanita di aplikasi X, ustazah berkenaan juga didakwa membuat perbuatan terbabit di hadapan pelajar serta guru yang lain.
Semalam (Isnin) sepupu saya yang berumur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk cikgu lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah.
Ustazah tu minta surat, sepupu saya cari dalam beg tak jumpa tapi sebabkan tak jumpa dia lempang sepupu saya?
Kenapa dia tak tolong carikan juga? Kenapa kena lempang depan orang ramai?
Tambah wanita berkenaan, ibu kepada sepupunya terus membawa mangsa ke klinik untuk membuat pemeriksaan awal kerana risau sekiranya berlaku kesan sampingan daripada kejadian tersebut.
Bukan itu sahaja, laporan polis juga telah dibuat pada keesokan harinya bagi tujuan siasatan.
‘Merah sangat ke?’
Dalam pada itu, wanita berkenaan juga berkongsi tangkap layar memaparkan hantaran mesej bapa mangsa bersama salah seorang guru yang dipercayai berada di tempat kejadian.
Apa yang menggeramkan ialah guru berkenaan seakan tidak menghiraukan keadaan mangsa selepas ditampar oleh ustazah berkenaan.
Difahamkan, kes ini sudah pun sampai ke pengetua dan menjadi perhatian selepas ditularkan wanita berkenaan di media sosial.
Sumber: Aplikasi X