berita

Gara-Gara Tertekan, Lelaki Ini Pernah Gantung Diri Guna Tali Pinggang Namun..

October 23rd, 2017 | by Wan
Kini Trending

Pada zaman ini, pelbagai kisah bunuh diri yang kita dengar disebabkan oleh kemurungan. Mengambil contoh dunia hiburan antarabangsa, vokalis Linkin Park, Chester Bennington akhirnya telah meragut nyawanya sendiri dalam pertempuran melawan depresi setelah sekian lama.

Seperti kisah dikongsi pengguna Twitter, @rjtorreja, dia mengalami tekanan emosi yang sangat teruk sehingga hampir mengambil nyawa sendiri. Bagi RJ, ia adalah suatu kesilapan terbesar dalam hidupnya.

“Anda tidak keseorangan, orang tersayang di sisi”

Kongsi RJ yang berusia 19 tahun, dia pernah cuba untuk bunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan tali pinggang kulit yang diikat pada paip. Terus hilang kesedaran, saat itu, RJ kongsi itulah pengakhiran buat dirinya. Namun, beberapa ketika kemudian, dia kembali sedar, dan menyedari tali pinggangnya itu telah putus.

Pada saat itu,  dia berasa lebih teruk berbanding sebelum ini dan meluahkan yang dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahunya keluarganya.

Kongsi RJ, ibunya datang tidak lama selepas perkara itu berlaku dan daripada mempersoalkan tindakannya itu, ibunya menyedarkan RJ betapa penting dirinya itu kepada keluarga. Pada saat itulah, RJ sedar  dia telah bertindak terburu-buru, tanpa memikirkan bagaimana ia boleh menyakiti orang-orang di sekeliling yang menyayangi dirinya.

“Jangan buat kesilapan seperti saya”

RJ menasihati mereka yang dibebani dengan emosi yang negatif untuk tidak memilih ‘bunuh diri’ sebagai jalan penyelesaian, sebaliknya melawan perasaan tersebut dengan membincangkannya dengan orang-orang tersayang. “Jangan mengalah, lawan!”, ujar RJ.

Sumber: @rjtorreja

SKIP THIS AD ×