berita

Gelagat Anak Nadiya Nissa ‘Support’ Malaysia Lawan Indonesia, Akhirnya Dijemput Jadi Pengiring Harimau Malaya

September 7th, 2019 | by Amat
Kini Trending

 

Dalam perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia antara Malaysia menetang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno telah menyaksikan skuad negara menumpaskan pasukan lawan dengan kedudukan 3-2. Sepastinya membuatkan penyokong Malaysia berasa bangga.

Termasuk juga dengan aksi dan telatah anak pelakon Nadiya Nissa iaitu Omar. Tidak sangka gelagat kegembiraan kanak-kanak ini telah mendapat perhatian pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM) sekali gus menjemput adik Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE nanti.

Dia seorang stress tengok bola

Aksi spontan adik Omar ini telah dirakam ibunya hanya gara-gara dia terlalu khusyuk menghayati perlawanan bola sepak di depan kaca televisyen. Bukan hanya itu sahaja, dia turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kemenangan 3-2 pasukan Malaysia ke atas Indonesia.

Semangat beli surat khabar

Selain itu, adik Omar juga sempat singgah di kedai untuk mendapatkan surat khabar dan membaca berita mengenai kemenangan pasukan negara menentang Indonesia.

Merealisasikan impian Omar

Sementara itu, Nadiya Nissa memaklumkan anaknya, Omar telah dijemput pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM) dan Dato Hamidi untuk jadi pengiring pasukan Harimau Malaya pada 10 September ini menyaksikan Malaysia menentang pasukan UAE.

Omar memang peminat setia bola sepak

https://www.instagram.com/p/B2F9_1oJsy1/

Nadiya Nissa menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada netizen yang memberi respon positif terhadap reaksi anak lelakinya itu. Tambahnya, dia mengakui Omar seorang kanak-kanak yang meminati bola sepak dan sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya apabila beraksi di padang.

Sumber: Nadiya Nissa, Taslim Razin

SKIP THIS AD ×