berita

Gementar Jumpa Anak, Nabil Mahir Laung Takbir Raya Apabila Disuruh Azan – ‘Suami Korang Pernah Macam Ni Juga Ke?’

October 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Genap sebulan usia Ana Nayla, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi detik sepanjang proses bersalin.

Artikel Berkaitan: Seminggu Awal Dari Tarikh Dirancang, Ayda Jebat Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Artikel Berkaitan: Nabil Mahir & Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Mata BabyWuvv Buat Ramai Terpegun Tengok – ‘Subhanallah Anugerah Terindah’ 

Kenangan proses bersalin

Muat naik di akaun Youtube @Wuvv Show, Nabil, 33, dan Ayda, 29, sepakat berkongsi memori berharga kepada keluarga dan rakan rapat yang tidak dapat melawat di hospital susulan pandemik Covid-19.

Menerusi rakaman itu juga ada perbualan Nabil dengan doktor perubatan bertugas ketika membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan seminggu awal dari tarikh asal.

Alhamdulillah, hari ini Ana Nayla genap sebulan. Disebabkan pandemik, keluarga dan kawan tak dapat datang ke hospital untuk bersama kami, jadi kita share video di channel Wuvvshow sebagai kenangan buat semua. Sediakan tisu! And tengokla Nabil panik sampai….. Tengoklah!

Panik sangat sampai keluar takbir raya

Bagaimanapun, ada kenangan lucu yang jarang-jarang berlaku. Akibat terlampau panik, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad Mahir dengan spontan melaungkan takbir raya ketika disuruh perdengarkan kalimah tauhid iaitu azan dan iqamah di telinga bayi.

Tergelak dengan kelakuan sendiri, Nabil; ‘Eh itu takbir’.

Dalam pada itu, video itu juga memaparkan beberapa keping foto mereka bertiga ketika berada di labour room.

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayda selamat melahirkan Ana Nayla secara Czer di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 21 September lalu.

Sumber: Youtube @Wuvv Show

SKIP THIS AD ×