berita

Kaitkan Gempa Palu Dengan Gejala LGBT, Zahid Hamidi Diselar Pemimpin Indonesia

October 24th, 2018 | by faris
Kini Trending

Gempa bumi melanda bandar Palu, Sulawesi pada 28 September lalu dengan kekuatan 7.4 pada skala Richter. Menurut agensi penyelaras bencana Indonesia, sehingga 10 Oktober lalu lebih 2,040 orang terbunuh akibat bencana berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berbahas di Parlimen mengatakan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda berpunca daripada pembabitan sesetengah masyarakat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT). Kenyataan Zahid itu menarik perhatian pemimpin agama di negara berkenaan.

Berkaitan faktor geografi

Bekas ketua pertubuhan Muhammadiyah, Ahmad Syafii Maarif, berkata, dia terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Zahid apatah lagi bekas menteri itu adalah antara ‘orang penting’ suatu ketika dulu. Muhammadiyah adalah pertubuhan Islam kedua terbesar dan mempunyai 30 juta ahli.

Ada juga orang di Indonesia yang berpendapat sedemikian, tetapi mereka orang yang tidak penting. Tetapi di sini perkara ini diperkatakan oleh orang penting Malaysia.

Shafii juga menegaskan kepada Zahid bahawa Indonesia terletak dalam lingkaran api pasifik iaitu kawasan yang meliputi 40,000 km di Lautan Pasifik yang aktif dengan gempa bumi dan gunung berapi.

Terdapat faktor geografi yang terlibat.

Jangan kaitkan dengan tsunami

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai kehendak Tuhan tanpa mengaitkannya dengan LGBT. Shafii turut mencadangkan adalah lebih baik Zahid membantu mangsa bencana yang kini menderita kehilangan tempat berteduh dan orang tersayang.

Jika kita berdosa, kita minta keampunan dari Tuhan. Tetapi jangan kaitkannya dengan tsunami.

Ujar Shafii lagi,  walaupun Al-Quran ada menceritakan mengenai bencana alam yang ditimpakan sebagai hukuman daripada Tuhan, namun, manusia sendiri tidak boleh menyimpulkan niat di sebalik sesuatu kejadian.

Tak mungkin kita tahu kehendak Tuhan, kita tak akan tahu.

Sumber: Berita Harian, Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×