berita

Genap 3 Bulan Berkahwin & Baru Disahkan Hamil, Suami Pergi Buat Selamanya

August 8th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanammar

Kehilangan orang yang tersayang bukan mudah untuk dilupakan. Hanya sempat bersama lebih kurang 3 bulan, wanita ini terpaksa menerima ketentuan bahawa suaminya pergi buat selama-lamanya.

Lebih menyedihkan beliau baru sahaja disahkan hamil. Musnah segala impian namun pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Hari yang sama

Screen Shot 2016-08-08 at 12.35.02 PM

Muhammad Ammar haziq dan Nur sakinah telah melangsungkan perkahwinan. Betapa gembira hati ini.. Genap 3 bulan melansungkan perkahwinan… kakak telefon dengan nada yang gembira.

1.8.16. 8.30 malam

” syasya kau nak dapat anak buah dah”
Alhamdulillah ya Allah terima kasih..aku dengan gembiranya.

2.37 pagi.1.8.16 juga.

Berita tentang kematian abang iparku. Ya Allah ujian apakah ini? Betapa sayangnya kau kepada aku? Sungguh aku rindu abang ammar.

Kau seorang baik. Selepas ini tiada lagi gurau senda gelak ketawa. Ya Allah.. berat ujian ini…
Asya ingat pesan abang ammar.
” jaga solat, jaga aurat”

In shaa Allah asya akan jaga anak yang kakak kandung juga. Abang Ammar jangan risau ye.. Berehatlah di sana. Tempat kau di syurga.

Sayang Abang AMMAR..
AL-FATIHAH.

Hanya 3 bulan bersama

Screen Shot 2016-08-08 at 12.38.08 PM

Moga bayi dalam kandungan pengubat segalanya

Screen Shot 2016-08-08 at 12.54.50 PM

Meninggal lepas bersukan

mg

Allahyarham yang merupakan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dikatakan pengsan sebaik bermain badminton dan dikejarkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia. Salam takziah buat isteri dan keluarga allahyarham.

Sumber : syasyaauni, sigadislamborghini

SKIP THIS AD ×