berita

Genap Seminggu Bersalin, Akhirnya Schawal Dedah Wajah ‘Baby L’

February 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pasangan selebriti iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya baru saja menimang cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 lalu di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan seorang lagi bayi perempuan dengan berat 3.20 kilogram.

Artikel berkaitan: ‘Wow, Macam Tak Pregnant Je’ – Kongsi Pengalaman Hamil Tapi Penampilan Scha Alyahya Pula Jadi Tumpuan

Pasangan ini belum lagi mendedahkan wajah anak kedua mereka di laman sosial media, namun, telah disiarkan melalui rancangan Schawal Baby Boom 2021. Comel betul adik kepada Lara Alana ni…

Comelnya…

Pasangan suami isteri ini turut memaparkan perjalanan kelahiran bayi yang digelar ‘Baby L’ menerusi sebuah program eksklusif iaitu Schawal Baby Boom 2021. Di mana video tersebut memaparkan perjalanan daripada sebelum menyambut kelahiran sehingga selepas bayi selamat dilahirkan.

Sebaknya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Video berdurasi lebih kurang 30 minit yang telah disiarkan di kaca televisyen tu bagaimanapun telah undang sebak penonton menyaksikan detik ketika Scha dan Awal berada di dalam labour room. Bukan itu saja, teaser video bagi episod tersebut turut dikongsikan Scha melalui laman Instagramnya yang juga turut undang sebak ramai pengikut.

Sumber: Scha Alyahya,

SKIP THIS AD ×