Masihkah anda ingat dengan kisah kehilangan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap. Hampir genap setahun, namun kelibatnya masih belum berjaya ditemui.
Bagaimanapun, abang kepada Acap iaitu Mohd Zahiruddin nekad meneruskan misi mencari adiknya itu tetapi ketika ini misi tersebut terpaksa dihentikan seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.
Lagi 10 hari genap setahun
https://www.facebook.com/DennyLangMeteora84/posts/2762870543767791
Mohd Zahiruddin menerusi laman Facebook miliknya turut berkongsi video dan beberapa gambar mangsa yang telah hilang di acara larian Gopeng Ultra Trail pada 23 March 2019.
Malah, mereka sekeluarga juga tidak pernah berhenti mengutus doa untuk memohon petunjuk terhadap misteri kehilangan Acap itu.
Buat ketika ini, mereka hanya mampu mendoakan dengan mengadakan majlis doa selamat pada malam Israq Mikraj tempoh hari. Misi khas 1st Year SAR Acap akan diteruskan apabila Covid-19 selesai.
Operasi terpaksa dibatalkan
Menurut laporan Metro, dia dalam satu kumpulan khas yang diberi nama 1st Year SAR Acap akan melaksanakan operasi itu. Namun, buat masa kini mereka membatalkan misi kerana akur dengan arahan dari Kerajaan memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.
Sebelum ini memang ada rancangan untuk menjalankan misi dalam satu kumpulan khas ‘1st Year SAR Acap’ selama empat hari bermula 20 Mac lalu sehingga hari ini.
Namun, sebagai menyambut arahan kerajaan dalam mengekang penyebaran wabak Covid-19 yang melanda negara, kami terpaksa menghentikan operasi.
Sumber: Denny Lang