berita

Genap Setahun Pemergian Abam, Hidayah Sedekah Mi Kari & Bihup Sup Kepada Semua Pelanggan

February 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Genap setahun pemergian arwah Abam Bocey, balu Allahyarham, Nor Hidayah Mohd Ali telah memberi sedekah mi kari dan bihun sup kepada semua pelanggan yang datang ke kedainya, semalam.

Artikel berkaitan: ‘Sekarang Saya Dah Tahu Kebenaran’ – Hidayah

Artikel berkaitan: ‘Ingat Lagi Pesan Arwah Suami – Dikritik Tak Sedih Dengan Kematian Suami, Balu Abam Buka Mulut

Artikel berkaitan: Genap Usia 1 Tahun, Syed Uthman Hamzah Cium Potret Arwah Abam Semasa Sambutan Hari Lahir

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memaklumkan dia tidak dapat membuat majlis tahlil kepada arwah suamimya kerana masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Genap setahun

Genap hari ini 10.02.2021 1 tahun allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar Saya tak buat Majlis Tahlil memandangkan pandemik covid-19 dan masih pkp, jadinya saya ada tempah Mee Kari dan Bihun Sup dari adik saya dan adik ipar saya @zainuddin_94 dan @farhana_2709 untuk saya sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai semalam ( Rabu, 10/2/2021 ). Saya niatkan untuk Allahyarham suami saya, Syed Umar Mokhtar, & Allahyarham abang-abang saya Rosli, Azmi, & Ismail Mohd Ali. Semoga Rohnya mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Menurut Hidayah, dia telah menempah mi kari dan bihup sup daripada adik dan adik iparnya sempena majlis tahlil arwah Abam. Semua pelanggan yang datang ke kedainya semalam dapat merasai juadah tersebut. Tambahnya, majlis tahlil tersebut turut diniatkan juga kepada tiga orang arwah abangnya.

Bukan mudah dan senang

Netizen turut mendoakan agar roh arwah Abam dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang yang soleh. Tambah netizen, mereka berharap segala urusan yang Hidayah lakukan dipermudahkan oleh Allah. Lebih-lebih lagi dia sedang membesarkan Hamzah.

Sumber: Nor Hidayah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×