Pelakon Oktovia Manrose meluahkan rasa terharu kerana dapat berjumpa, berborak dan mendengar ceramah Ustaz Wadi Annuar secara ‘live’ di majlis aqiqah serta kesyukuran anak kepada pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose iaitu Hawra Uqaira.
Artikel Berkaitan: Sering Berdepan Dengan Ujian Yang Sama, Oktovia Manrose Harap Aliff Aziz Dapat Hidayah
Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Ilmu Ustazah Asma’, Peminat Sejuk Mata Tengok Perubahan Oktovia Manrose
Artikel Berkaitan: 6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU
Gembira sangat
Menurut Oktovia, sudah lama dia tidak dapat peluang sebegini dan akhirnya Allah kabulkan doannya. Ujar Oktovia, dia dan suami sempat mendengar ceramah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana nak kuatkan hubungan dalam rumah tangga.
Terharu dan gembira sangat sebab dah lama nak dapatkan peluang ni. Allah kabulkan. Vibe ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi kesan yang mendalam. Perasaan yang sama pada tahun 2020 apabila pertama kali dengar ceramah ustaz.
Dari situ lah asbabnya kenapa diri ini boleh tekad nak berubah dan berhijrah. MasyaAllah. Alhamdulillah . Perjalanan yang indah. Tahun ni sudah genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah.
Tambah Oktovia, setiap hari dia akan berdoa agar terus istiqamah dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Tapi insyaAllah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah . Allah bimbing. Alhamdulillah. Hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqomah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah.
InsyaAllah mungkin dengan usaha itu, Allah nampak kita benar-benar ingin menjadi yang lebih baik hari demi hari. Alhamdulillah Allah yang berikan kekuatan dalam diri ini. Allahuakbar. Allah maha baik. Bila fikir balik, dah lama hidup dalam denial, sedangkan indahnya hidup berlandaskan agama yang ada janji Allah itu benar!
Tapi kita mengelak dari kebenaran yang indah itu. Ya Allah terima kasih atas kekuatan ini. Doaku berharap semua keluarga seislamku diberikan kemudahan dan kefahaman dalam menerima hidayah Allah. Dan Semoga Allah kekalkan diri kita istiqamah dan kita semua mendapat pengakhiran husnul khotimah.
Sumber: Oktovia Manrose